Jumaat, 21 September 2018

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2018

Khamis, 20 September 2018. Bertempat di Surau SK Kuala Kubu Bharu, telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 24-27 September 2018. Alhamdulillah, kehadiran ibubapa yang sangat memberangsangkan menunjukkan sokongan padu mereka terhadap anak-anak yang dikasihi.

Solat hajat telah diimamkan oleh Imam Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu, Imam Hj Muhammad bin Said. Semoga Allah perkenankan doa anak-anak SK KKB dalam usaha mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Tahniah Unit Kurikulum, AJK Tahun 6 dan Bimbingan dan Kaunseling SK KKB!






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS RESTU ILMU 2