Khamis, 2 Mac 2017

PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019


CARA-CARA MENDAFTAR TAHUN 1 SECARA ONLINE DI LAMAN SESAWANG 































Selepas pendaftaran dalam online, perkara yang perlu ibu bapa dan penjaga lakukan :

1. Cetak borang 
    Borang yang telah diisi secara online dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

2.  Hadir ke sekolah untuk PENGESAHAN
     Ibu Bapa / penjaga perlu hadir ke sekolah untuk pengesahan dengan membawa dokumen dalam 
     bentuk asal dan salinan :
     a)  cetakan borang permohonan online
     b)  Surat beranak / Mykid / sijil anak angkat 
     c)  Bil Utiliti ( Bil TNB / Air / Telefon ) untuk tujuan pengesahan alamat
     d)  Kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga ( suami isteri )
     e)  Surat nikah / surat cerai / surat hak penjagaan anak
     f)   Laporan Doktor dan Kad OKU ( jika berkaitan )
     g)  Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
     h)  2 keping sampul surat bersaiz 4x9 ( 11 cm x 45 cm ) 
      i)  2 keping setem 60 sen.

3.  Semak status permohonan Tahun 1
     
     Selepas proses pendaftaran dan pengesahan selesai, ibu bapa / penjaga perlu tunggu keputusan  
     permohonan dan menyemak status permohonan pada bulan Julai / Ogos.
     Jika berjaya, sekolah akan menghantar surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama 
     persekolahan.
     Jika tidak berjaya, ibu bapa / penjaga boleh membuat rayuan pada tarikh yang dimaklumkan pada bulan  
     Julai / Ogos. Maka, keputusan penempatan bagi rayuan adalah pada bulan Oktober.

MAKLUMAT TAMBAHAN 

Jika ibu bapa / penjaga mengalami masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran, ibu bapa / penjaga boleh berhubung dengan pegawai pendaftaran di Kementerian Pendidikan Malaysia pada talian yang tertera di bawah :


Lebih memudahkan lagi urusan pendaftaran, ibu bapa / penjaga boleh berhubung terus dengan pihak sekolah. Pihak sekolah sentiasa membantu ibu bapa / penjaga yang sangat memerlukan khidmat bantuan dalam mendaftar Tahun 1 secara online.

Waktu Pejabat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang


SELAMAT MENDAFTAR TAHUN 1 DI SK KUALA KUBU BHARU
TERIMA KASIH


UNIT HAL EHWAL MURID



MAJLIS RESTU ILMU 2