Isnin, 20 Ogos 2018

PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

13 Ogos 2018, Isnin. Perhimpunan unit beruniform dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2018 telah diadakan secara sederhana dan meriah di Dataran Marjohan SK KKB pada hari ini. Unit bertugas ialah Unit Tunas Puteri. Perhimpunan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris sebagai salah satu aktiviti HIP (Highly Immersive Program) di sekolah ini.

Berbagai aktiviti diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini di mana hadiah-hadiah menarik disediakan kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Panitia Sejarah. Diharapkan program yang dijalankan dapat menanam semangat sayangkan negara dalam diri anak-anak SK KKB.

Logo Merdeka
Maksud Logo






























LATIHAN KEBAKARAN 2018

16 Ogos 2018, Khamis. Satu sesi kawad kecemasan (latihan kebakaran) telah diadakan pada hari ini. Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu telah hadir ke SK KKB untuk sama-sama membuat simulasi kebakaran dan menunjukkan demonstrasi cara-cara memadamkan kebakaran. Sesuatu yang menarik dapat dipelajari oleh murid-murid SK KKB yang sangat seronok dan teruja melihat pasukan bomba di depan mata. Tahniah, Unit HEM di bawah pimpinan Encik Alpian bin Mohd Nor.
















LADAP PEMBUGARAN PDPC ABAD 21

13 Ogos 2018, Isnin. Terima kasih kepada pasukan Sisc+ PPD Hulu Selangor kerana sudi menerima jemputan kami untuk melaksanakan LADAP PDPC PA 21 di Dewan Pendeta Za'aba SK Kuala Kubu Bharu. Sesi Ladap yang bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang ini memberi input-input terbaharu mengenai pedagogi berkesan dalam bilik darjah. Team Sisc+ terdiri daripada Tn Hj Rodzi bin Selamat, Puan Hajah Azura binti Januddin, Puan Shahnaaz Mehtab binti Akhtar Ali, Puan Azrinah binti Ali Miraz dan tidak ketinggalan Pegawai Fasilinus Bahasa Inggeris PPD HS, Puan Nur Syahana. 


















MAJLIS RESTU ILMU 2