Jumaat, 8 Jun 2018

#WORLD QURAN HOUR



Khamis, 7 Jun 2018, Jam 11.00 pagi, bersempena dengan World #Quran Hour, murid-murid SK KKB turut mengambil bahagian dalam membaca Al Quran selama sejam bermula jam 11.00 pagi. Semoga mendapat manfaat dalam mengagungkan bacaan dan ayat-ayat suci Al Quran, Insya'Allah. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Agama dan Ustaz Zahari ! 






PERKONGSIAN PINTAR SK KUALA KUBU BHARU DAN SK GESIR TENGAH

Perkongsian Pintar SKGT-SKKKB

Khamis, 7 Jun 2018, 10.30 pagi, Seramai 6 orang guru SK KKB telah berkunjung ke SK GT untuk menambah ilmu mempelajari penggunaan jadual waktu daripada Cikgu Mohd Ozua dan Cikgu Sobri. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dipraktikkan demi kelangsungan pendidikan yang bermutu. Terima kasih SK GT !





SALAM AIDIL FITRI

WARGA SK KUALA KUBU BHARU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA 2018

8 Jun 2018. Majlis ini diadakan bagi menceriakan suasana Hari Raya anak-anak yatim, miskin dan kurang upaya serta pekerja-pekerja swasta di sekolah ini. Sumbangan berupa duit raya, baju raya, kuih raya serta barang keperluan harian diserahkan di mana ibubapa dan waris murid-murid turut dijemput. Selepas selesai penyerahan, majlis diteruskan dengan sesi bersalam-salaman antara murid-murid dan guru. Sesi bergambar juga diadakan di akhir majlis. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan kami mendoakan agar tuan-tuan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Para penyumbang terdiri daripada :
- Arietans 8286 MCKK
- Warga MRSM Muar
- Encik Adam (Mantan NYDP PIBG SKKKB)
- Puan Nor Husnaa binti Abd Rahim
- ...serta individu yang tidak mahu dinyatakan namanya...

Terima kasih daun keladi !













MAJLIS RESTU ILMU 2