Jumaat, 8 Jun 2018

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA 2018

8 Jun 2018. Majlis ini diadakan bagi menceriakan suasana Hari Raya anak-anak yatim, miskin dan kurang upaya serta pekerja-pekerja swasta di sekolah ini. Sumbangan berupa duit raya, baju raya, kuih raya serta barang keperluan harian diserahkan di mana ibubapa dan waris murid-murid turut dijemput. Selepas selesai penyerahan, majlis diteruskan dengan sesi bersalam-salaman antara murid-murid dan guru. Sesi bergambar juga diadakan di akhir majlis. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan kami mendoakan agar tuan-tuan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Para penyumbang terdiri daripada :
- Arietans 8286 MCKK
- Warga MRSM Muar
- Encik Adam (Mantan NYDP PIBG SKKKB)
- Puan Nor Husnaa binti Abd Rahim
- ...serta individu yang tidak mahu dinyatakan namanya...

Terima kasih daun keladi !













MAJLIS RESTU ILMU 2