Jumaat, 25 Mei 2018

BUBUR LAMBUK RAMADHAN 2018

25 Mei 2018. Alhamdulillah, niat yang baik-baik, fikir yang baik-baik, insya'Allah Allah permudahkan segala urusan. Hari ini aktiviti memasak bubur lambuk diadakan di SK KKB. Bermula jam 8.00 pagi, guru-guru mula memasak dan 3 periuk bubur siap pada jam 10.00 pagi. Siap dibungkus dan diagihkan kepada semua murid, guru, staf dan pekerja swasta oleh Encik Lau, wakil kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB June Leow Hsiad Hui. Terima kasih dan tahniah kepada warga SK KKB dan PIBG SK KKB!





Rabu, 23 Mei 2018

PENYAMPAIAN HADIAH KM1M

21 Mei 2018. Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan KM1M telah diadakan hari ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya !


















KEHADIRAN PENUH BULAN JANUARI HINGGA APRIL 2018

21 Mei 2018. Bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah dan sebagai motivasi kepada murid-murid SK KKB, Unit Bimbingan Kaunseling melaksanakan inisiatif untuk memberi penghargaan kepada murid-murid ini. Murid-murid yang rajin datang ke sekolah dianugerahi dengan token galakan agar mereka terus rajin hadir dan menjadikan hasrat sekolah ke arah sifar ponteng akan tercapai. Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan murid-murid yang hebat ini!









Jumaat, 18 Mei 2018

KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Jumaat, 02 Ramadhan 1439H, 18 Mei 2018. Pagi ini, semuia murid tahap 2 berkumpul di Dewan Pendeta Za'aba untuk mendengar ceramah motivasi bertajuk Kembali Ke Pangkal Jalan. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah penyelarasnya, Ustazah Noor Aliza binti Sarif ini bertujuan untuk meningkatkan minat belajar kepada murid-murid, mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid-murid dan menanamkan rasa keinsafan dan kenal diri agar berjaya menjadi insan berguna kepad amasyarakat dan negara. 

Sekolah amat bertuah kerana guru ganti yang dilantik berkhidmat di sini merupakan seorang motivator yang berpengalaman iaitu Ustaz Muhammad Hafiz bin Hazizan. Beliau memberikan tips-tips dalam 3 slot iaitu ice breaking, Kunci Untuk Menjadi Luar Biasa dan Muhasabah Diri.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua murid SK KKB. Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling !

















Sumbangan Awal Ramadhan Daripada Arietans 8286

Jumaat, 02 Ramadhan 1439H, 18 Mei 2018, satu majlis penyampaian sumbangan Awal Ramadhan untuk anak yatim, murid miskin dan PPKI telah diadakan. Seramai 33 orang penerima telah menerima sumbangan berupa bag berisi makanan berbuka puasa daripada Arietans 8286. Warga SK KKB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Arietans 8286, semoga terus dimurahkan rezeki. Terima kasih!































Khamis, 17 Mei 2018

Selamat Berpuasa

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1439




Warga SK Kuala Kubu Bharu mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, semoga ibadah kita diterima Allah swt. 
#Ramadhankareem

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2018

15 Mei 2018. Bertempat di SK Taman Bunga Raya 1 dan SMK Taman Bunga Raya, SK KKB turut menghantar wakil dalam pertandingan Hafazan BL dan Bercerita BD. Kategori Hafazan BL diwakili oleh Nur Anis Safiyyah binti Shaharuddin manakala Bercerita BD diwakili oleh Puteri Nur As'syifa binti Ahmad Azlan dan Nur Balqis binti Akhwan (simpanan).

Alhamdulillah, Nur Anis Safiyyah binti Shaharuddin telah berjaya menjadi Johan pertandingan hafazan dengan mendapat 91% markah manakala Puteri Nur Balqis binti Akhwan mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan hafazan. Pencapaian membanggakan ini melayakkan Nur Anis ke pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Sashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru PPKI SK KKB terutama kepada Cikgu Maswadi bin Milatusamri, Cikgu Farhana binti Mohamad dan Cikgu Nur Atiqah binti Adni. Anda memang hebat!!





MAJLIS RESTU ILMU 2