Selasa, 8 Mei 2018

Konvensyen HepiLi Kelab Doktor Muda

7 Mei 2018. Bertempat di SMK Kuala Kubu Bharu, Konvensyen anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor ini disertai oleh sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor. Sk KKB tidak ketinggalan menyertai beberapa pertandingan dalam konvensyen ini. Antaranya, dalam pertandingan Jumpe Rope, Anisah, Amna, Farah, Sofea, Najwa, Nadhirah dan Niesa yang mewakili sekolah telah mendapat tempat Ke 2. Dalam pertandingan Aerodance pula, Wina, Balqis, Zahra, Farisha, Maisarah, Intan dan Ainur telah menerima sijil penyertaan. Arief Luqman pula telah mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Tokoh Doktor Muda manakala Unaizah, Hannah dan Izham menerima sijil penyertaan dalam Khidmat Komuniti. Peserta dari SK KKB telah dibimbing dan dilatih oleh Cikgu Nafisah binti Mohd Said dan Cikgu Nur Nadia binti Hassan. Tahniah Team Dr Muda SK KKB !












MAJLIS RESTU ILMU 2