Isnin, 14 Mei 2018

Shopping Hari Raya

14 Mei 2018. Seramai 53 orang murid dari SK Kuala Kubu Bharu dan SK Gesir Tengah telah dibawa ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Tanjung Malim untuk membeli pakaian hari raya. Setiap murid menerima 2 pasang baju raya dan makanan sempena menyambut Ramadhan. Pihak sekolah amat terharu menerima sumbangan dari ARIETANS 8286 iaitu bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar menerusi guru besar SK Gesir Tengah yang juga merupakan bekas palajar MCKK. Semoga bantuan yang diberi akan menyerikan sambutan hari raya anak-anak ini. Alhamdulillah dan Terima kasih ARIETANS !


















MAJLIS RESTU ILMU 2