Isnin, 30 April 2018

Perhimpunan Rasmi 30 April 2018

30 April 2018. Majlis penyampaian Sijil kehadiran kepada peserta Kem Perkasa Sains dan Matematik dan penyampaian Sijil Penyertaan kepada 2 orang wakil SK KKB ke Pertandingan Deklamasi Puisi di SK Gesir Tengah disempurnakan hari ini.





Jom Jaga Kebersihan Gigi

26 April 2018. Program Ceramah Kesihatan Pergigian anjuran Unit Promosi Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Dewan Za'aba Sk KKB. Ceramah telah diberi oleh Dr Sangithah a/p Tamiselvam dan Juruterapi Pergigian Puan Selbiah binti Tambi. Program ini di bawah penyelarasan Cikgu Nafisah binti Mohamad Said dan melibatkan semua murid SK KKB. 






Program Kem Perkasa Matematik

26 April 2018. Seramai 10 orang murid SK KKB telah menyertai Kem Perkasa Matematik untuk murid-murid tahun 6 di Dewan Kuliah Pusat, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kem ini adalah anjuran bersama Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor dan PIBG SK Kg Soeharto. Guru pengiring pada hari tersebut ialah Cikgu Nor Rashidah binti Zainal Rashid, Cikgu Siti Aisah binti Tajul Arus dan Cikgu Nurulaini binti Kusmaniraat.










Khamis, 26 April 2018

Abam MILO Datang Sekolah !

25 April 2018. Seronoknya bila nampak Lori MILO masuk kawasan sekolah. Hari ini semua murid SK Kuala Kubu Bharu sangat bertuah kerana dipilih menjadi salah satu persinggahan lori MILO bergerak. Terima kasih Abam MILO!!










Program Kem Perkasa Sains dan Matematik Hari Pertama

25 April 2018. Seramai 10 orang murid dari SK Kuala Kubu Bharu telah menghadiri Program ini yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor dan Panitia Sains dan Matematik Daerah Hulu Selangor bersama-sama PIBG SK Kg Soeharto. Bertempat di Dewan Kuliah Pusat, Universiti Pendidikan Sultan Idris disertai oleh murid-murid sekolah rendah daerah Hulu Selangor. Murid-murid SK KKB diuruskan oleh Cikgu Muniswari a/p Nadarajan, Cikgu Azmir bin Abdullah dan Cikgu Nurulaini binti Kusmaniirat. 







Selasa, 24 April 2018

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

24 April 2018. Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia pada hari ini, bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi. Program anjuran Perpustakaan Awam Negeri-negeri di Malaysia ini mengambil inspirasi daripada konsep Earth Hour yang mana pada hari ini, semua rakyat Malaysia akan berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10 minit. SK KKB juga tidak ketinggalan dalam aktiviti ini. Jom Baca!!






Seminar Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR

24 April 2018. Sebagai usaha ke arah kecemerlangan UPSR, Seminar matapelajaran diadakan bagi setiap mata pelajaran. Hari ini, Panitia Bahasa Inggeris menjemput Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris, Puan Rosniati binti Ahmad (SK Rasa) untuk memberi tips-tips menjawab soalan Bahasa Inggeris. Semoga murid-murid SK KKB akan terus cemerlang dalam semua bidang. Tahniah, Panitia Bahasa Inggeris!!






Isnin, 23 April 2018

Pelancaran NILAM, HANIS dan KM1M 2018

20 April 2018. Majlis pelancaran NILAM, HANIS dan KM1M telah dijalankan di Dewan SK KKB, disertai oleh semua warga sekolah. Program yang menggalakkan semua murid dan guru untuk membaca disusuli dengan berbagai aktiviti menarik. Dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, program ini mengadakan pertandingan mewarna, mereka penanda buku dan melukis kulit buku cerita. Tahniah kepada jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah di bawah Cikgu Norasikin !!



                                          Membaca 15 minit...
                                                           Bacaan buku cerita braille

                                                           Antara aktiviti yang dijalankan


                                                            Cikgu pun kena membaca...
                                                           Pengacara majlis
                                          Gimik perasmian....GB kena ketuk ais...

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Rendah Hulu Selangor

23 April 2018. Pertandingan yang diadakan di SK Gesir Tengah telah disertai oleh 19 buah sekolah kebangsaan Daerah Hulu Selangor. SK KKB telah menghantar seorang peserta untuk syair  (Nur Syaza Haziqah binti Rozahan- 6 Za'aba)) dan seorang peserta untuk sajak (Nur Qistina Maisara binti Zulekram - 5 Za'aba). Kedua-dua peserta telah dibimbing oleh Cikgu Maznah binti Mohammad dan Cikgu Norzuliana binti Amir. Walau pun hanya menerima sijil penyertaan, pengalaman yang diperolehi akan dijadikan guru terbaik untuk kita kembali bertanding pada tahun hadapan, Insya'Allah. Tahniah kepada kedua-dua guru dan peserta!!







MAJLIS RESTU ILMU 2