Rabu, 2 Mei 2018

Program Khidmat Masyarakat Siri 1/2018

2 Mei 2018. Aktiviti Kokurikulum hari ini dimeriahkan lagi dengan program khidmat masyarakat di Masjid ArRahimah, Kuala Kubu Bharu. Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 diiringi oleh guru-guru SK KKB berjalan kaki ke masjid dan bersama-sama membersihkan kawasan masjid sebagai salah satu pendidikan ke arah menjadi insan yang boleh berbakti kepada masyarakat. Selesai gotong-royong, murid-merid dijamu pula dengan hidangan "cekodok" dan air sirap yang disediakan oleh guru. Tahniah unit Koku, semua guru dan murid-murid!







MAJLIS RESTU ILMU 2