Selasa, 18 September 2018

MAJLIS MESRA WARIS SIRI 2/2018

Jumaat, 07 September 2018. Program Mesra Waris Siri 2/2018 telah berlangsung di Pusat Latihan PPD. Program bermula jam 9 pagi didahului dengan ibubapa dan calon UPSR Tahun 6 Za'aba dan diikuti dengan ibubapa dan calon UPSR Tahun 6 Ibnu Sina. 
Program ini merupakan suatu permuafakatan antara pihak skolah, guru, ibubapa dan PIBG dalam membina rangkaian kerjasama delam rangka membantu anak-anak agar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan khususnya dalam peperiksaan UPSR.

Program Mesra Waris Siri 2 kali ini meletakkan murid-murid bersebelahan dengan ibu bapa masing-masing. Puan Nursanty binti Hassan Berseri selaku PK Pentadbiran membentangkan analisis keputusan ujian-ujian yang telah diduduki oleh murid-murid sepanjang tahun 2018, sbelum mereka menduduki peperiksaan sebenar pada 24 September nanti. Diikuti dengan bicara hati ke hati antara Guru Besar, Puan Hariani binti Mohd Hamdan dengan ibubapa. 

Diharapkan dengan adanya program seumpama ini akan dapat merapatkan hubungan kerjasama semua pihak dalam memastikan prestasi murid-murid SKKKB lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum, Insya'Allah. Tahniah kepada Unit Akademik dan Guru-guru SK KKB!











MAJLIS RESTU ILMU 2