Jumaat, 21 September 2018

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2018

Jumaat, 21 September 2018. Dataran Marjohan SK KKB menjadi saksi ikrar murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 24 - 27 September 2018 dan restu ilmu dan kasih sayang dari guru-guru SK KKB dan ibubapa.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Azman bin Abdul rashid, Pegawai SISC+ PPD Hulu Selangor yang juga merupakan pegawai seranta SK KKB. Beliau turut menyampaikan warkah hati dari Tuan PPD Hulu Selangor, Encik Abu Mansor bin Sathri kepada calon UPSR SK KKB. Hadir sama dalam majlis ini ialah YDP PIBG SK KKB, Encik Syaiful Hazrill bin Halim yang menyampaikan baucer bernilai RM100 yang boleh ditunaikan oleh murid-murid sekiranya mereka mencapai keputusan 6A dalam UPSR.

Semoga ilmu yang direstukan menjadi penyuntik semangat anak-anak nanti. Tahniah dan terima kasih Unit Kurikulum SK KKB!
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS RESTU ILMU 2