Rabu, 19 September 2018

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN DAN PERASMIAN MINGGU PPKI PPD HULU SELANGOR 2018

Khamis, 13 September 2018. Bertempat di SK KKB, majlis ini merupakan gabungan dua program. SKKKB dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor telah berjaya mengadakan majlis ini buat julung kalinya. Majlis dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Hulu Selangor, Puan June Leow Hsiad Hui. Ketibaan beliau disambut dengan paluan kompang dan aksi pencak silat oleh murid-murid SK KKB. Turut merasmikan penutupan Minggu PPKI ialah Encik Rozman bin Baharuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor.

Jemputan terdiri daripada semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor, pegawai-pegawai PPD Hulu Selangor, guru-guru PPKI dan murid-murid PPKI daerah Hulu Selangor. Berbagai acara diadakan seperti gerai-gerai pameran, pemeriksaan kesihatan, jualan 1 PPKI 1 Produk, pertandingan menghias kek dan ceramah Komuniti dan Pendidikan Khas.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS RESTU ILMU 2