Selasa, 17 Julai 2018

PROGRAM 3 IN 1 SKKKB

5 Julai 2018. Majlis meraikan murid-murid Tahun 6 yang selesai bertadarus sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diadakan secara ringkas dan sederhana dalam Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini. Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam SKKKB ini dimulakan dengan perarakan masuk murid-murid Tahun 6 dan diteruskan dengan bacaan surah-surah dalam Al-Quran. Murid-murid ini kemudiannya diberi cenderamata dan bunga telur. Alhamdulillah dan Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam.













Selesai Majlis Khatam al-Quran, program diteruskan dengan jamuan Hari Raya peringkat SK KKB. Konsep "Kelas Terbuka" diadakan pada tahun ini di mana murid-murid menjamu selera di dalam kelas masing-masing. Jamuan kali ini menerima sumbangan dari PIBG dan ibubapa turut menyumbangkan makanan dan minuman. Ibubapa turut dijemput hadir menjamu selera di kelas anak masing-masing. Turut hadir ialah beberapa wakil AJK PIBG SK KKB. Selesai menjamu selera, ibubapa dijemput bertemu dengan guru kelas anak masing-masing untuk membincangkan prestasi akademik anak dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama ibubapa yang sudi datang bersama-sama menyokong program sekolah.







MAJLIS RESTU ILMU 2