Selasa, 17 Julai 2018

MAJLIS MESRA WARIS UPSR 2018

12 Julai 2018. Majlis Mesra Waris UPSR 2018 diadakan di Bilik Gerakan SK KKB pada hari ini. Semua ibubapa calon UPSR dijemput ke sekolah dengan tujuan perbincangan dan sekolah menyampaikan perkembangan prestasi anak-anak Tahun 6 semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Analisis peperiksaan disampaikan oleh PK Pentadbiran dan Akademik,Puan NurSanty binti Hassan Berseri. 

Majlis diteruskan dengan laporan setiap matapelajaran yang disampaikan oleh semua Ketua Panitia. Perbincangan diadakan bersama-sama ibubapa sebelum Guru Besar menutup tirai soal jawab dengan menyampaikan pesanan dan harapan terhadap ibubapa yang hadir.

Sesungguhnya usaha yang digembeling antara sekolah dan ibubapa ini diharapkan akan berterusan dalam mencari kata sepakat dalam usaha mencapai keputusan terbaik anak-anak UPSR SK KKB.


MAJLIS RESTU ILMU 2