Rabu, 13 Januari 2016

PENGHARGAAN UPSR DAN LINUS 2015

Tarikh: 13 Januari 2016
Masa: 9.00 pagi
Tempat: PPD Hulu Selangor
Penyampai Sijil: Tuan Zainal Abidin bin Mohd Yusof (Pegawai PPD Hulu Selangor)
Penerima Sijil: Pn. Rosidah binti Mohamed Ahyar (Guru Besar SKKKB)

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu dengan bangganya telah menerima Sijil Penghargaan Pencapaian UPSR kerana telah dapat meningkatkan GPS UPSR sekolah selama dua tahun berturut-turut.  Pada UPSR 2014, GPS sekolah dapat ditingkatkan daripada 2.32 kepada 2.09.  Pada UPSR 2015 pula GPS sekolah telah ditingkatkan lagi daripada 2.09 kepada 1.95.  Pencapaian yang membanggakan ini adalah berkat usaha gigih serta doa semua pihak termasuk guru-guru, murid-murid serta ibubapa.
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu juga telah menerima Sijil Penghargaan LINUS kerana telah berjaya mencapai KPI NKRA LINUS2.0 dalam ujian saringan 2 Tahun 3 2015.
SYABAS DAN TAHNIAH kepada semua warga SKKKB.
TERUSKAN USAHA ANDA!
KUKUHKAN IMAN, TINGKATKAN ILTIZAM


Sijil Penghargaan UPSR

Sijil Penghargaan LINUS

Guru Besar menerima sijil penghargaan LINUS daripada Tuan PPD Hulu Selangor

Menerima sijil penghargaan UPSR





MAJLIS RESTU ILMU 2