Rabu, 17 Disember 2014

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SK KUALA KUBU BHARU

Sejarah Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu adalah bersangkut paut dengan peristiwa ini:
  1. Kisah Kuala Kubu karam yang membabitkan Mukim Ampang Pecah yang ada sekarang ini.
  2. Kisah terkambusnya Pekan Kuala Kubu oleh pasir lumpur dan tanah akibat banjir besar telah menyebabkan dibangunkan Bandar Kuala Kubu Bharu yang ada hari ini.
SEKOLAH MELAYU

Nama asal SK Kuala Kubu Bharu ini ialah Sekolah Melayu Kuala Kubu Bahru terletak di Kuala Kubu Lama. Sekolah ini bermula sebagai sekolah rakyat di Kuala Kubu Bharu. Selepas bah besar yang berlaku pada 1922 yang menengelamkan pekan Kuala Kubu Lama, sekolah ini dipindahkan ke Kuala Kubu Bharu. Bangunan asal sekolah ini dinamakan Bangunan Pendeta Za'aba dibina pad tahun 1940. Hanya pada tahun 1951 bangunan ini digunakan. Sebelum 1951, sekolah ini ditumpangkan dibeberapa tempat:

1926 - Rumah Sakit Kuala Kubu Bharu
1935 - Stesen Keretapi Lama Kuala Kubu 
1940 - Surau Kuala Kubu Lama

Dengan pertambahan murid di sekolah banguna  baru telah dibina:

1977 - Bangunan Kantin
1984 - Bangunan Ungku Aziz ( 3 buah bilik darjah)
1986 - Bangunan Aminuddin Baki ( 3 bilik darjah )
1989 - Bangunan Buyung Adil ( 3 bilik darjah )
1997 - Bangunan Pusat Sumber Sekolah ( Sumbangan PIBG ) iaitu sekarang menjadi Bilik Gerakan
1998 - Bangunan Surau Sekolah ( Sumbangan PIBG )
2002 - Bangunan Ibnu Sina ( 3 tingkat ) yang menempatkan Makmal Sains, Bilik Guru, Bilik Darjah Tahun 2-5, PSS.
2002 - Makmal Komputer



SENARAI NAMA GURU BESAR 


1939 - 1946                                  En. Mohd Amir
1947 - 1948                                  En. Abd Samad
1948 - 1965                                  En. Abd Hadi bin Md Said
1966 - 1979                                  En. Ismail bin Md Said
1980 - 1983                                  En. Othman bin Hj. Mohamad
1983 - 1985                                  En. Ghazali bin Idris
1985 - 1987                                  En. Zarul Ghaffar bin. Harman Shah
1987 - 1996                                  En. Marjohan bin Marjani
1997 - 1998                                  Pn. Hjh Maria bt Mohd Tasir
Mac 1998 - Sept 1999                  En. Ismail bin Ahmad
Sept 1999 - Okt 2001                   Tuan Hj Samsudin bin Sidek
1 Ogos 2001 - 31 Mac 2010          Pn. Norashikin bt Hj Md Adnan
1 April 2010 - November 2013       En. Mohamad Akhwan bin Hj Jamil
November 2013 - Disember 2014  En. Arifin bin Hj Aban
Disember 2014 - Sekarang           Pn. Rosidah Binti Mohamed Ahyar

















MAJLIS RESTU ILMU 2