Rabu, 27 April 2016

PENYERAHAN ALAT BANTU PENDENGARAN

Hulu Selangor-- Sebanyak RM59,600 wang zakat disalurkan bagi membiayai kos pembelian alat bantu pendengaran untuk diagihkan kepada seramai lapan orang pelajar pendidikan khas dari beberapa buah sekolah di Daerah Hulu Selangor.

Majlis Penyerahan Alat Bantu Pendengaran anjuran Pertubuhan Kebajikan DRJ dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), JKM, PPD, SKTBR 1, SKKKB  dan beberapa ajensi lain telah berlangsung pada 27 April.

Majlis telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis berlangsung di Dewan Tan Sri Mustapha Kamal, Sek.Kebangsaan Taman Bunga Raya 1.






MAJLIS RESTU ILMU 2

...