SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KUALA KUBU BHARU
Program Pendidikan Khas Integras
(PPKI) SK Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor ditubuhkan pada tahun 1989 oleh
seorang guru (GSTT). Di awal penubuhannya, program ini diterajui oleh Pn
Dariatul Badariah sebagai Penyelaras dan mempunyai 5 orang murid yang terdiri
daripada murid untuk bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Bermula pada tahun 2012, PPKI SK
Kuala Kubu Bharu merupakan 'centre' dan satu-satunya program Pendidikan Khas di
daerah Hulu Selangor yang khusus untuk murid-murid yang Bermasalah Pendengaran
dan Bermasalah Penglihatan. Oleh yang demikian, murid-murid PPKI SKKKB bukan
sahaja terdiri daripada penduduk di sekitar Kuala Kubu Bharu. Ada juga murid
yang datang dari Tanjong Malim dan Batang Kali.
Disebabkan bilangan murid dan
kelas semakin bertambah, pada tahun 2012 PPKI SKKKB telah mendapat
penolong kanan. Sehingga kini, PPKI SKKKB telah diterajui oleh 5 orang
penyelaras dan 2 orang Penolong Kanan Pendidikan Khas.
PENYELARAS
1990-2002 ---> Pn
Dariatul Badariah
2003-2007 ---> Pn
Norliza bt Mohd Sani
2008-2009 ---> En
Khoirul Nizam b Abd Aziz
2009-2010 ---> Pn
Rafiza bt Abd Rahim
2010-2012 ---> Pn
Maznah bt Idris
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
2012-2014 ---> Pn
Siti Safura bt Abd. Rashid
2015-Kini ---> En
Maswadi b Mohd Milatusamsi
VISI
- Murid boleh menguasai kemahiran 3M (Membaca, menulis, mengira) dan pengurusan diri
MISI
- Berazam membentuk insan yang seimbang dari segi Kurikulum, Kokurikulum serta Pembangunan Diri yang harmoni dan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
- Menyediakan peluang pendidikan asas kepada semua murid PPKI
- Menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif untuk pembelajaran
- Melahirkan murid yang berkualiti dari segi sahsiah
- Melahirkan murid yang berilmu sesuai dengan keperluan semasa
PIAGAM
- Melaksanakan dasar dan wawasan melalui kepimpinan dan pengurusan yang dinamik, moden dan progresif
- Memastikan prasarana pendidikan yang mampan supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kondusif untuk menjamin pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid sentiasa terjamin
- Memastikan kesejahteraan personel murid, ibu bapa dan pelanggan sentiasa terpelihara melalui kepimpinan dan perkhidmatan penyayang
- Memberi perkhidmatan dengan cekap, pantas, bijaksana dan mesra dengan ibu bapa dan penjaga agar tidak ada halangan komunikasi demi kebaikan bersama.
PPKI SK Kuala Kubu Bharu,
Jalan Sekolah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Hulu Selangor,
Selangor.