Sejarah Sekolah
SEJARAH SK KUALA KUBU BHARU
Sejarah Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu adalah bersangkut paut dengan peristiwa ini:
- Kisah Kuala Kubu karam yang membabitkan Mukim Ampang Pecah yang ada sekarang ini.
- Kisah terkambusnya Pekan Kuala Kubu oleh pasir lumpur dan tanah akibat banjir besar telah menyebabkan dibangunkan Bandar Kuala Kubu Bharu yang ada hari ini.
SEKOLAH MELAYU
Nama asal SK Kuala Kubu Bharu ini ialah Sekolah Melayu Kuala Kubu Bahru terletak di Kuala Kubu Lama. Sekolah ini bermula sebagai sekolah rakyat di Kuala Kubu Bharu. Selepas bah besar yang berlaku pada 1922 yang menengelamkan pekan Kuala Kubu Lama, sekolah ini dipindahkan ke Kuala Kubu Bharu. Bangunan asal sekolah ini dinamakan Bangunan Pendeta Za'aba dibina pad tahun 1940. Hanya pada tahun 1951 bangunan ini digunakan. Sebelum 1951, sekolah ini ditumpangkan dibeberapa tempat:
1926 - Rumah Sakit Kuala Kubu Bharu
1935 - Stesen Keretapi Lama Kuala Kubu
1940 - Surau Kuala Kubu Lama
Dengan pertambahan murid di sekolah banguna baru telah dibina:
1977 - Bangunan Kantin
1984 - Bangunan Ungku Aziz ( 3 buah bilik darjah)
1986 - Bangunan Aminuddin Baki ( 3 bilik darjah )
1989 - Bangunan Buyung Adil ( 3 bilik darjah )
1997 - Bangunan Pusat Sumber Sekolah ( Sumbangan PIBG ) iaitu sekarang menjadi Bilik Gerakan
1998 - Bangunan Surau Sekolah ( Sumbangan PIBG )
2002 - Bangunan Ibnu Sina ( 3 tingkat ) yang menempatkan Makmal Sains, Bilik Guru, Bilik Darjah Tahun 2-5, PSS.
2002 - Makmal Komputer
2007 - Pusat Akses
2007 - Pusat Akses
SENARAI NAMA GURU BESAR
1939 - 1946 En. Mohd Amir
1947 - 1948 En. Abd Samad
1948 - 1965 En. Abd Hadi bin Md Said
1966 - 1979 En. Ismail bin Md Said
1980 - 1983 En. Othman bin Hj. Mohamad
1983 - 1985 En. Ghazali bin Idris
1985 - 1987 En. Zarul Ghaffar bin. Harman Shah
1987 - 1996 En. Marjohan bin Marjani
1997 - 1998 Pn. Hjh Maria bt Mohd Tasir
Mac 1998 - Sept 1999 En. Ismail bin Ahmad
Sept 1999 - Okt 2001 Tuan Hj Samsudin bin Sidek
1 Ogos 2001 - 31 Mac 2010 Pn. Norashikin bt Hj Md Adnan
1 April 2010 - November 2013 En. Mohamad Akhwan bin Hj Jamil
November 2013 - Disember 2014 En. Arifin bin Hj Aban
Disember 2014 - Januari 2017 Pn. Rosidah Binti Mohamed Ahyar
Februari 2017 - Mac 2018 Pn. Aliya Binti Mohd Jalaludin
2 April 2018 - SEKARANG Pn. Hariani Binti Mohd.Hamdan
LOGO
HIJAU
- Melambangkan ke Islam dan keharmonian hidup
KUNING
- Melambangkan kesetiaan dan ketaatan kepada Tuhan, Ibu Bapa, Raja dan Negara.
PUTIH
- Melambangkan kesucian dan keikhlasan menuntut ilmu.
MERAH
- Warna merah pada obor melambangkan semangat dan iltizan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
MOTO
"ILMU SULU HIDUP"
Ilmu adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ilmu akan sentiasa menerangi alam dan berfungsi sebagai penyuluh hidup, Orang yang menguasai ilmu aka mendapat cahaya kebahagian dan kesenangan dalam kehidupan mereka pada masa depan.
MISI & VISI
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI KPM
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU YANG MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan Di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan NEGARA
MATLAMAT
Ø Melahir bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Ø Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan.
Ø Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Ø Memberi peluang pendididkan kepada semua warganegara Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN
KAMI, WARGA SK KUALA KUBU BHARU DENGAN PENUH TEKAD DAN IKHTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI BERSEDIA DAN AKAN:
- Melaksanakan dasar dan wawasan melalui kepimpinan dan pengurusan yang dinamik, moden dan progresif.
- Memastikan prasarana pendidikan yang mampan supaya pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif untuk menjamin pningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid.
- Memastikan kesejahteraan personal murid, ibu bapa dan kliental sentiasa terpelihara melalui kepimpinan dan perkhidmatan penyayang.
- Memberikan perkhidmatan dengan cekap, pantas, bijaksana dan mesra.
IBU BAPA DAN WARIS
- Semua ibu bapa dan waris yang berurusan dengan sekolah akan dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
- Setiap aduan daripada ibu bapa/waris akan mendapat perhatian,disiasat dan maklum balas akan diberikan tidak lebih 3 hari bekerja.
- Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari.
- Akan dilayan sama adil tanpa mengira status.
- Setiap cadangan / usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
STAKEHOLDER
- Memastikan semua arahan JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera mengikut arahan atau tidak lewat 3 hari bekerja.
- Memastikan segala urusan surat menyurat dengan PPD, JPN Selangor atau Kementerian berbalas dalam tempoh tujuh (7) hari.
MAKLUMAT SEKOLAH 2018
NAMA
DAN ALAMAT SEKOLAH
|
SEKOLAH
KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU
JALAN
SEKOLAH, 44000 KUALA KUBU BHARU
|
||
KOD
SEKOLAH
|
BBA5009
|
KATEGORI
|
BANDAR
|
GRED
|
A
|
BIL
SESI
|
1
|
TELEFON
|
03-60641482
|
BIL
MURID
|
271
orang
|
FAX
|
TIADA
|
BIL
KELAS
|
19
|
EMAIL
|
bba5009@btpnsel.edu.my
@
BBA5009@moe.edu.my
|
BIL
GURU
|
42
orang
|
WEB/BLOG/FB
|
https://www.facebook.com/sk.kualakububharu
|
BIL
AKP
|
6
|