JALAN SEKOLAH, 44000 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR TEL : 03-60641482 KOD SEKOLAH : BBA5009
Isnin, 22 Mei 2017
Khamis, 2 Mac 2017
PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019
CARA-CARA MENDAFTAR TAHUN 1 SECARA ONLINE DI LAMAN SESAWANG
Selepas pendaftaran dalam online, perkara yang perlu ibu bapa dan penjaga lakukan :
1. Cetak borang
Borang yang telah diisi secara online dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
2. Hadir ke sekolah untuk PENGESAHAN
Ibu Bapa / penjaga perlu hadir ke sekolah untuk pengesahan dengan membawa dokumen dalam
bentuk asal dan salinan :
a) cetakan borang permohonan online
b) Surat beranak / Mykid / sijil anak angkat
c) Bil Utiliti ( Bil TNB / Air / Telefon ) untuk tujuan pengesahan alamat
d) Kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga ( suami isteri )
e) Surat nikah / surat cerai / surat hak penjagaan anak
f) Laporan Doktor dan Kad OKU ( jika berkaitan )
g) Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
h) 2 keping sampul surat bersaiz 4x9 ( 11 cm x 45 cm )
i) 2 keping setem 60 sen.
3. Semak status permohonan Tahun 1
Selepas proses pendaftaran dan pengesahan selesai, ibu bapa / penjaga perlu tunggu keputusan
permohonan dan menyemak status permohonan pada bulan Julai / Ogos.
Jika berjaya, sekolah akan menghantar surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama
persekolahan.
Jika tidak berjaya, ibu bapa / penjaga boleh membuat rayuan pada tarikh yang dimaklumkan pada bulan
Julai / Ogos. Maka, keputusan penempatan bagi rayuan adalah pada bulan Oktober.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Jika ibu bapa / penjaga mengalami masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran, ibu bapa / penjaga boleh berhubung dengan pegawai pendaftaran di Kementerian Pendidikan Malaysia pada talian yang tertera di bawah :
Lebih memudahkan lagi urusan pendaftaran, ibu bapa / penjaga boleh berhubung terus dengan pihak sekolah. Pihak sekolah sentiasa membantu ibu bapa / penjaga yang sangat memerlukan khidmat bantuan dalam mendaftar Tahun 1 secara online.
Waktu Pejabat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
SELAMAT MENDAFTAR TAHUN 1 DI SK KUALA KUBU BHARU
TERIMA KASIH
UNIT HAL EHWAL MURID
Langgan:
Catatan (Atom)