PENGENALAN
Program Minggu Transisi Program Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Penglihatan SK Kuala Kubu Bharu merupakan satu program yang bertujuan membantu
murid menghadapi dan bersedia menghadapi pendidikan formal di sekolah rendah.
Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid ang
datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan
dapat memulakan proses pembelajaran di PPKI pada tahap pencapaian yang lebih
bermakna.
Program Transisi ini dijalankan selama 2 minggu iaitu bermula 4 sehingga 15 Januari 2016. Pada minggu pertama semua
murid akan digabungkan untuk membolehkan murid dan guru menyesuaikan diri dengan
warga PPKI yang baru sama ada daripada murid dan guru. Pada minggu kedua murid
mula berada di dalam kelas masing- masing dan sesi transisi adalah mengikut
guru mata pelajaran.
Walaupun program orientasi dan transisi digabungkan serta dipendekkan tempohnya, namun
proses penilaian dan perkembangan seimbang sentiasa berterusan kepada
murid-murid istimewa ini. Program Orientasi meliputi Persekitaran Murid dan
Pengurusan Kelas. Manakala Program Transisi ialah Kesepaduan Tema iaitu adanya
proses peningkatan potensi dalam pembelajaran dan pengajaran yang berterusan
melalui Pendekatan
Tematik, bersepadu, berkumpulan belajar melalui bermain dan Teknik TOC.
Persekitaran Murid dan Pengurusan Kelas memberi
pendedahan, keyakinan dan mesra kepada murid-murid dengan keadaan dalam kelas dan juga kawasan
sekitar di dalam sekolah serta murid-murid tidak merasa takut untuk bergerak
dengan bebas tetapi terkawal. Kesepaduan Tema ialah pengenalan kepada
murid-murid tentang konsep pembelajaran dan pengajaran KSSR yang melibat mata pelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Dunia Sains & Teknologi,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Dunia Seni Visual, Dunia Muzik, Pendidikan
Kesihatan, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Isyarat Komunikasi dan Kaimal.
OBJEKTIF
- Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran
pembelajaran yang formal.
- Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan
pelajaran masalah penglihatan dan pendengaran.
- Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
- Menyesuaikan diri di
kelas PPKI dan kawan baru.
- Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.
TUJUAN
- Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru
dan kawan baru dalam masa yang singkat.
- Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian
dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran
dan pengajaran secara formal di
PPKI
- Meningkatkan minat
dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
AKTIVITI SEPANJANG MINGGU TRANSISI PPKI
HARI PERTAMA
1. Perhimpunan rasmi
2. Pengagihan Kelas, sesi suai kenal dan pengurusan kelas
3. Pengenalan kepada warga pengurusan sekolah
4. Ucapan bertatasusila
5. Penerapan nilai murni
6. Eksplorasi Sekolah
HARI KEDUA
1. Senaman Pagi
2. Taklimat Keselamatan
3. Terapi Motor Halus
4. Permainan Minda
HARI KETIGA
1. Nyanyian Lagu Negaraku (Isyarat)
2. Menjaga kebersihan diri
3. Nyanyian Lagu Sekolah (Isyarat)
4. Eksplorasi Sekolah
HARI KEEMPAT
1. Eksplorasi Sekolah
2. Nyanyian Lagu Selangor
3. Pengenalan Warna Asas
4. Ucapan Bertatasusila
HARI KELIMA
1. Eksplorasi Sekolah
2. Terapi Seni
3. Majlis Penutupan Minggu Transisi PPKI